Drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar Di Astro Ria – Flapraze.buzz

Drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru berjudul Isteri Rahsia Ungku Jabbar yang akan mula bersiaran pada 20 April 2026, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria. Juga tersedia secara striming di Sooka.

Drama 28 episod yang menggantikan Andai Itu Takdirnya 2 ini merupakan arahan Rashid Sibir, nukilan skrip dariapda Nieza Nahar bersama Suzanna Taily dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Episod : 28
Inspirasi : Novel Badass Wife Ungku Jaabar karya Mia Azwari
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 20 April 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Nieza Nahar, Suzanna Taily
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar

OST Drama

Tajuk Lagu : Bayang Kelam
Penyanyi : Thalita
Komposer : Airrol Azman & Glowrush
Penulis Lirik : Airrol Azman

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar ini seperti Keith Foo, Harissa Adlynn, Ezaidi Aziz, Scha Elinnea, Dynas Mokhtar, Azri Iskandar, Fadilah Mansor, Hanna Faresha, Syad Mutalib, Adam Nafian, Edaman Othman, Shazia Rozaini dan ramai lagi.

  • Keith Foo sebagai Ungku Jaabar
  • Harissa Adlynn sebagai Nilam
  • Ezaidi Aziz sebagai Ungku Jiyyad
  • Scha Elinnea sebagai Melina
  • Dynas Mokhtar sebagai Ungku Jasnita
  • Azri Iskandar sebagai Raja Sobri
  • Fadilah Mansor sebagai Tokma
  • Hanna Faresha sebagai Ayra
  • Syad Mutalib sebagai Yati
  • Adam Nafian sebagai Nazrul
  • Edaman Othman sebagai Kamal
  • Shazia Rozaini sebagai Sofia

Sinopsis Drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar

Drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar mengisahkan tentang seorang lelaki yang terpaksa mengahwini seorang wanita yang menjadi mangsa rogol adiknya sendiri, pada awalnya menganggap perkahwinan itu sekadar untuk menutup aib keluarga.

Namun, segalanya mula berubah apabila Nilam, isteri rahsianya yang sarat dengan dendam dan keberanian, perlahan-lahan berjaya menawan hatinya, Ungku Jabbar.

Ketika cinta mula bersemi antara mereka, kemunculan semula Jiyyad yang berhasrat untuk mendapatkan kembali Nilam mencetuskan konflik emosi, pengkhianatan dan pengorbanan.

Keadaan itu akhirnya memaksa Nilam membuat keputusan berat untuk melepaskan segala yang dimilikinya.

About admin